
Anonymous
5 tahun
Sakit dada berterusan, on off
Dr, saya wanita berusia 30an. Saya mengalami sakit dada dan tidak selesa pada tekak. Saya telah ke emergency semalam dan terdapat changes pada ECG saya. Saya dirujuk ke Kardiologi. Saya dibekalkan Dr ubat gastrik dan gargle. Saya telah makan ubat tersebut 2 kali. Namun, pagi ini sakit dada kembali. Mohon nasihat Dr, adakah saya perlu ke kecemasan semula atau makan ubat selama 1 minggu dahulu?
Terima kasih Dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada serta ketidak-selesaan pada tekak boleh disebabkan:
- Asid refluks (gastrik)
- Penyakit jantung - seperti saluran koronari tersumbat, lemah jantung, serta rentak jantung tidak sekata
- Kekejangan otot dada
- Jangkitan paru-paru
Anda dinasihatkan untuk teruskan pengambilan ubat gastrik tersebut dan berikan ia masa bagi mengurangkan simptom anda. Antara langkah lain bagi mengurangkan gejala ini adalah dengan mengurangkan minuman panas dan berkafein, makanan bergoreng, tidak makan 3 jam sebelum tidur serta tidur dengan bantal lebih. Sekiranya anda mengalami gejala seperti sesak nafas, pitam dan sakit dada hingga tangan kebas anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.