
Anonymous
5 tahun
Sakit dada berterusan
Saya wanita berumur 24 tahun. Sudah 3 hari dada saya berasa sakit dan saya telah pun membuat pemeriksaan ECG dan resultnya adalah normal. Tapi sakit dada saya masih tidak berkurangan, dada terasa berat dan terasa sukar bernafas. Sakit dada ni merebak sampai ke bahagian atas belakang badan saya. Apakah sebenarnya penyakit yang mungkin dihidapi saya Dr?

5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antara sebab-sebab anda mengalami sakit dada ialah:
• Serangan jantung (penyakit koronari jantung)
• Penyakit jantung lain seperti masalah injap jantung
• Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
• Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
• Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
• Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma
• Gangguan emosi
• Sakit belakang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih