
Anonymous
5 tahun
Sakit dada bila angkat benda berat
saya wanita berusia 20an… masa saya tingkatkan 2 saya pernah mengalami kemalangan motosikal yang menyebabkan dada saya terhentak pada handel motor… sejak dari kemalangan tu setiap kali saya mengangkat benda berat menyebabkan dada saya terasa sakit…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Rasa sakit dada mempunyai terlalu banyak penyebab yang berkaitan dengan jantung, paru paru, otot dan tulang. Di bawah adalah senarai penyebab yang serius:
- Serangan jantung/sakit jantung
- Angina
- Radang jantung
- sakit otot dada
- Sakit tulang rusuk
- Sakit/Radang paru paru
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih