
fara_yasira
5 tahun
Sakit dada /cramp belah kiri
Assalamualaikum and hi doc, Saya berumur 24 tahun dan masih bujang. Tinggi dalam 145 dan berat 46kg lebih kurang, cuma saya nak bertanya kadang kadang saya sering sakit dada seperti menekan, tajam, and boleh jadi cramp jugak belah kiri mostly. And bila cramp tu rasa kebas sengal sampai lengan dan bahu. Tapi cramp tu taklah selalu cuma yang menekan dada rasa cucuk dalam tu boleh tahan kerap. And sakit ni datang bukanlah dari sebab aktiviti lasak sebab saya jarang buat aktiviti lasak. Agak agak kenapa dan apa punca ye doc?

5 tahun
Salam Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh beberapa masalah seperti :
- gangguan pencernaan
- masalah pada paru-paru
- stress
- kecederaan otot atau saraf pada bahagian dada
- serangan jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Anda disarankan berhubung dengan doktor kami di pautan berikut (DoctorOnCall) kerana kami memerlukan informasi lebih lanjut dan anda mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui masalah anda.Terima kasih.