
miemieemiemiee
5 tahun
Sakit dada da nafas pendek
Saya berumur 36 tahun.msih mnyusukn anak.saya sakit dada bahagian tengah.lenguh tangan kiri kadang2.da bjumpa dgn dokter dpt untuk gastrik.sakit dada da kurang nafas pulak macam pendek2.da buat ctg jantung ok.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada anda boleh disebabkan:
- Asid (gastrik) refluks - apabila asid perut memasuki saluran pernafas
- Ketidakhadaman - akibat penyakit seperti ulser perut
- Jangkitan saluran susu payudara atau saluran susu tersumbat
- Sakit jantung - wanita bersalin mempunyai risiko darah membeku dalam saluran darah dan jika saluran darah jantung atau paru-paru mempunyai darah beku, ia boleh menyebabkan sakit pada dada
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.