
Sulit
2 tahun
Sakit dada dan bahagian belakang dada
Sy wanita bermur 34 thn.sejak 2 hr ini sy mengalami sakit dada dan baagian belakang dada.sakit di bahagian belakang lebih sakit berbanding di dada.hr ni terasa perut tidak selesa seperti berangin.terasa pening dan mual juga.sakit makin terasa bahagian bahu ke tengkuk juga.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketegangan otot dada - akibat senaman, postur tidak baik ataupun pakaian ketat
- Perubahan hormon
- Penyakit saluran darah - seperti saluran darah aorta (aortic dissection) atau (aortic aneurysm)
- Radang tulang rusuk akibat kecederaan atau jangkitan kuman
- Penyakit asid refluks
- Radang paru-paru
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.