
Anonymous
5 tahun
Sakit dada dan belakang kiri
Sy wanita 33 tahun, pg ni sy bangun tidur dan terasa belakang saya belah kiri sakit, sakit nye dr area tengkuk ke bahu kiri, selepas itu dada saya jg sakit belah kiri sehinggi sy benafas pun pendek kerana sakit. Blh sy tahu apa sakit ini
Tangan kiri saya jg x blh angkat

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Postur yang tidak betul ketika tidur
- Tergeliat atau terseliuh
- Kecederaan pada otot, saraf atau tulang sekitar dada.
Masalah di atas boleh menyebabkan sesak nafas kerana kesakitan pada dada anda boleh menyebabkan anda tidak dapat menarik nafas seperti biasa.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!