
Sulit
4 tahun
Sakit dada dan belakang sebelah kiri
Hi. Dr.
Sejak beberapa bulan lepas saya mengalami sakit seolah2 mengucuk di bahagian kiri dada. Kadang2 rasa mengucuknya seirama dengan denyutan nadi.
Saya telah membuat pemeriksaan ECG. Dr beritahu keputusan adalah normal.
Saya juga telah membuat pemeriksaan darah, kadar kolestrol juga biasa.
Dalam masa dua atau tiga hari ni saya rasa semacam sengal di bahagian kiri belakang.
Untuk makluman Dr., saya ada masalah gastrik ringan.
Selain itu saya berasa sihat dan tiada masalah pernafasan.
BP = 116/72 pulse = 55
Adakah simptom saya ini berkaitan dengan jantung?
Sekian. Terima

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang sakit dada yang anda alami sama ada masalah jantung atau tidak. Gejala sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Masalah jantung
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
- Kesakitan disebabkan otot dada
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi