
badariahwanchik
5 tahun
Sakit dada dan bhgian belakang
Sya wanita berumor 21tahun dan sekarang tengah mengalami masalah sakit dada dan bahagian belakang dan ini membuatkn sya tidak boleh tidur

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada dan belakang boleh disebabkan:
- Radang pankreas
- Radang saluran hempedu
- Penyakit ulser perut
- “Aortic Dissection” - koyakan pada saluran aorta
- Kayap
- Asid refluks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.