
nurazila1217
5 tahun
Sakit dada dan kepala
ohai saya wanita berumur 19,kebelakangan ini saya slalu mengalama sakit dada dan sakit kepala…saya juga slalu berasa sakit padah kaki kiri dan tgn kiri menjadi begitu kebas dn sakit…dada saya xselalu sakit tpi ia kerap berlaku dan kepala saya slalu sakit di bahagian kanan dan kadang2 kiri, adakah saya boleh sembuh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan. Ketiga-tiga masalah yang anda nyatakan mungkin adalah masalah yang berasingan atau saling berkaitan. Maklumat lebih lanjut adalah diperlukan untuk memastikan perkara ini.
Sakit pada sebelah kepala merupakan salah satu simtom masalah migrain. Namun begitu, terdapat punca lain sakit kepala pada sebelah bahagian seperti:
- Sakit kepala akibat terlalu banyak mengambil ubat seperti aspirin
- Masalah rongga hidung atau sinus tersumbat akibat jangkitan atau alergi
- Mengambil makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala bagi sesetengah orang, contohnya alcohol, keju atau kekacang
- Pemakanan tidak teratur
- Tekanan
- Kurang tidur
- Masalah saraf atau salur darah pada kepala seperti “giant cell artritis” iaitu bengkak pada salur darah dia kepala menyebabkan sakit pada rahang, bahu dan kepala.
- Masalah mata seperti glaucoma
- Kecederaan pada kepala
Sakit dada adalah simptom yang membimbangkan. Ia boleh disebabkan oleh masalah jantung, paru-paru, tulang atau otot dada, saluran esofagus, perut, atau saraf pada bahagian tersebut. Sekiranya anda mengalami masalah ini, berjumpa doktor adalah langkah yang terbaik bagi memastikan apakah puncanya dan boleh dirawat sekiranya perlu.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.