
armaniammar33
6 tahun
Sakit dada dan kerap sendawa
saya mengalami masalah angin dlm perut selama 2 hari.saya terasa sempit di dada.seolah gas naik ke atas dan kerap sendawa.terasa terbakar apabila selepas makan.saya juga alami masalah anxiety adakah ia penyebab saya terkena gerd ? boleh ke saya consume ubat probiotic?atau pun makan gaviscon untuk melegakan ? dan apakah vitamin yang sesuai untuk saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Hi, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah yang anda hadapi mungkin disebabkan oleh GERD. Masalah anxiety anda juga boleh menyumbang kepada masalah ini.
Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum diagnosis boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Selain mengambil ubat-ubatan, pengambilan makanan yang sesuai serta mengamalkan gaya hidup sihat adalah penting untuk merawat masalah seperti GERD.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.