
Anonymous
5 tahun
Sakit dada dan kesukaran untukbernafas
saya wanita dalam 20an , dada saya terasa sakit dan panas . perkara ini terjadi selepas saya menjalani intense training. adakah ini asma ? apakah cara untuk mengubatinya ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit dada anda boleh disebabkan:
- Kecederaan/kekejangan otot dada
- Asma
- Alahan - pada debu dan lain-lain
- Kurang sel darah merah - tidak mencukupi kerana latihan intensif
- Pneumothorax
Sekiranya perkara ini berlanjutan dan memudaratkan diri anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.