
Sulit
3 tahun
Sakit dada Dan lidah terasa kebas
Saya wanita berusia 39 thn… Menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis… Saya telah melakukan ujian darah yg mn keputusan adalah normal… Hba1c saya 5.8 result kolestrol ada lah normal saya jgk telah melakukan egc yg mn doktor jgk mengatakan normal hny denyutan jantung je yg laju sedikit kemungkinan sbb saya mmg berdebar masa tu memikirkan kesihatan saya… Skrg saya rasa sakit dada yg beberapa saat sahaja dan lidah terasa kebas sedikit… Saya tidak mengalami sesak nafas. Keadaan ni berlaku sejak saya di sahkan kena covid 19…adakah saya mengalami anxiety sbb doktor pernah menasihatkan saya supaya mengawal emosi saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kegelisahan anda yang sedang mengalami gejala sakit dada dan lidah terasa kebas. Anda juga memaklumkan bahawa anda menghidapi penyakit darah tinggi dan kencing manis. Kami akan cuba membantu anda.
Memandangkan anda telahpun menjalankan ujian darah yang mempunyai keputusan normal, ada kemungkinan untuk anda mengalami anxiety (keresahan). Namun, kami tidak dapat memberikan kepastian tanpa mendapatkan maklumat lanjut daripada anda. Gejala yang anda alami juga boleh berpunca daripada gangguan tekanan, masalah asid refluks (GERD), atau hipoglisemia.
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada pihak perubatan supaya dapat mengenal pasti punca masalah anda dan seterusnya menerima rawatan. Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.