
Sulit
4 tahun
Sakit dada dan muntah
saya wanita 19 tahun, sejak seminggu ini saya sering mual dan muntah dalam 1-2 kali dalam sehari. saya juga mengada i sakit dada tetapi hanya pada waktu pagi selepas bangun tidur dan waktu malam sebelum tidur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai mual dan muntah yang berlaku sebanyak 1-2 kali sehari dan disampingi dengan sakit dada pada waktu pagi. Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan masalah anda iaitu:
- Penyakit refluks gastroesofagus (GERD): penyakit refluks asid di dalam perut yang boleh menyebabkan sakit dada dan pedih ulu hati serta mual dan muntah.
- Keradangan pada jantung seperti (Myocarditis, Pericarditis)
- Masalah salur darah aorta.
- Masalah pankreas atau keradangan pankreas.
- Batu karang dalam hempedu.
- Penyekatan salur darah paru-paru (Pulmonary embolism)
- Paru-paru berair
- Jangkita kuman pada ruangan paru-paru.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain sepert
- Muntah darah
- Batuk tanpa henti
- Demam panas
- Masalah penghadaman dan penurunan berat badan
- Sakit dada yang merebak ke kawasan belakang badan.
- Keletihan dan tidak bermaya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi