
iqfeez
2 tahun
Sakit dada dan perut memulas
Salam & Hi. saya berumur 36 tahun & wanita. Sejak 2 hari lepas saya mengalami sakit dada dan perut memulas. Saya memang pesakit asma dan ada inhaler. Last saya keluar ke tempat umum pada 14hb mac dibangi atas tujuan training. Suhu badan saya 36c. Mohon doktor cadangkan kepada saya apa tindakan yang perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Masalah perut memulas anda boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- GERD
- Ketidakhadaman makanan
- Alahan makanan seperti lactose intolerant
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Sekiranya simptom anda berlarutan, anda digalakkan untuk menjalani pemeriksaan alanjut di klinik yang terdekat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.