
hasnidazahra
5 tahun
Sakit dada dan rasa tekanan darah naik turun laju
Saya wanita berusia 20 tahun, saya mengalami masalah ni sejak lebih kurang 2 tahun dahulu tapi baru2 ni lebih sakit. Saya akan sakit dada dan lebih-lebih lagi ketika mengejut dan kadangkala sampai sesak nafas. Banyak kali juga rasa macam darah bergerak laju, macam tekanan darah tiba-tiba tinggi kejap tapi saya tk pasti betul tak cara penyampaian maklumat mengenai sakit ni. Tapi tiap kali rasa macam pressure tu dada saya mesti sakit. Adakah ni berkait dengan asma? Sebab dulu tiap kali saya check doctor kata asma saya tak teruk sangat.
Terima kasih atas perhatian doctor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Sesak nafas pula boleh disebabkan oleh masalah berikut:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.