
Sulit
2 tahun
Sakit dada dan sesak nafas sekejap
Saya wanita berumur 23. Kadang2 saya rasa sakit dada pada dua bahagian dan kadang2 sesak nafas sekejap. Saya tidak demam dan batuk. Minggu ini saya ada pergi ke klinik kesihatan, doktor hanya bagitahu bahawa saya hanya gastrik sahaja. Betul ke sakit dada berpunca dari gastrik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda sedang mengalami masalah kesukaran bernafas. Oleh keranan anda mengalami gejala ini, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain COVID-19, sesak nafas boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.