
Anonymous
6 tahun
Sakit dada dan sesak nafas setiap kali batuk
Doctor, Saya berumur 21 tahun dan sudah seminggu lebih mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan apabila batuk rasa sesak nafas sehingga rasa ingin muntah. Juga saya telah mengalami batuk dalam tempoh sebualn lebih di mana pada awalnya hanya batuk kering. Selepas seminggu lebih batuk bertukar berkahak dan kerap, sehingga pernah beberapa kali kahak hijau bercapur darah. Sekarang ini pula, saya masih batuk yg diselangi sesak nafas dan sakit dada sebelah kiri dan sakit dada itu juga dapat dirasai apabila saya memusingkan seluruh tangan kiri . Kahak berwarna jernih.

6 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab sakit dada. Ia boleh disebabkan oleh masalah jantung, paru-paru, dan juga otot dada.
Contoh-contoh masalah tersebut adalah
- serangan jantung
- jangkitan kuman dalam paru-paru
- jangkitan pada otot dada
- sakit pada bahagian tulang dada
- sakit pada buah dada (selalunya bagi wanita)
Berdasarkan keterangan anda, batuk yang berpanjangan turut boleh menjadi punca sakit dada yang anda hadapi. Namun begitu kemungkinan punca lain tidak boleh dipandang ringan.
Saya sarankan anda segera mendapatkan rawatan bagi masalah ini. Anda boleh klik pada link ini dan bercakap dengan doktor kami yang bertauliah. http://bit.do/eBMZV