planet.apes00
5 tahun
Sakit dada dan sukar bernafas.. Adakah saya suspek covid 19?
Saya lelaki berusia 20 tahun. Saya mengalami masalah sakit dada dan sukar bernafas(saya berasa tidak cukup nafas) . Baru2 ini saya demam tp tidak terlampau teruk. Tp saya dh sembuh dari demam. Saya juga tiada masalah batuk. Masalah ini bermula beberapa hari selepas saya pulang dari seremban centerpoint.adakah saya suspek covid 19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah diajukan. Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan gejala yang anda hadapi seperti di atas, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. DI hospital kerajaan, ujian COVID-19 diutamakan untuk sesiapa yang berisiko tinggi sahaja.
Gejala yang anda hadapi juga boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan yang lain seperti:
- Jangkitan virus/kuman
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Radang tonsil
- Anemia
- Alahan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































