
Sulit
4 tahun
Sakit dada di bahagia dada kiri
Saya berumur 20 tahun, namun saya sering kali rasa sakit di bahagian dada kiri secara mengejut. Rasa sakit seperti menusuk tepat2 di bahagian jantung, tetapi setelah sy membuat pemeriksaan di klinik, jantung elok, xray semua okay, contoh rasa sakit saya alami ialah seperti tengah memandu kereta, semasa saya membuat aktiviti menggunakan dumbell, ada juga ketika saya baring nak tidur rasa sakit menusuk itu dtg tiba2, boleh dr tolong saya untuk kenal pasti penyakit saya ini dr. Saya amat risau sekarang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Sebaiknya yang dilakukan adalah memeriksakan diri ke doktor dan bincangkan riwayat kesihatan anda seperti makan ubat darah tinggi dan kolesterol tinggi yang dikhuatiri cenderung ke masalah saluran darah. Selain itu, adalah digalakkan untuk mengamalkan yang berikut bagi mengelakkan perburukan penyakit:
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.