
Sulit
4 tahun
Sakit dada di bahagian kanan sejak 2017 dan menyebabkan ketidakselesaan bernafas. Sekarang rasa sakit di kedua dua bahagian dada
Hai. Sy seorang pelajar ijazah sarjana muda. Sejak drpd 2017 , sy sering sakit di bahagian dada sebelah kanan. Paling teruk yg sy pernah rasa sampai sesak nafas. Then lpas drpd tu , sakit dada tu kjp² je dtg . Tp dalam seminggu tu mesti ada rasa sakit tu datang. Sekarang 2020 sy masih rasa sakit yg sama , kadang² buat saya rasa tak selesa ,rasa tak selesa bernafas ,baring tak kena . Jadi ,apakah simpton ini ya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit dada yang anda alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sakit dada. Antaranya ialah:
- Serangan jantung: ia boleh berlaku samada pada waktu rehat atau beraktiviti, diiringi dengan gejala kebas kebas di bahagian lengan, bahu dan rahang
- Jangkitan kuman pada jantung
- Jangkitan kuman pada paru paru
- Penyakit Refluks ( GERD )
- Keradangan otot di bahagian dada
- Masalah tulang di bahagian dada
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui kondisi sebenar yang anda alami, saya tidak boleh memberikan diagnosis yang tepat tanpa pemeriksaan fizikal dan klinikal di klinik. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala ini berterusan.
Anda juga dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik apabila anda mengalami gejala berikut:
- Sesak nafas
- Muntah
- Sakit dada yang berpanjangan melebihi setengah jam
- Pitam
- Demam
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah anda, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut daripada doktor kami. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.