
tirahmatnoh
6 tahun
Sakit dada Di bahagian kanan
Hai,saya lelaki 20-an Dan pada tahun lepas,saya ada melakukan oral seks e.g blowjob.Tak lama selepas itu,saya Mula mengalami sakit dada Di bahagian kanan.Adakah sakit dada merupakan tanda tanda STD?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Biasanya sakit dada bukanlah simptom biasa bagi jangkitan STD. Masalah sakit dada biasanya disebabkan oleh:
- Masalah pernafasan atau paru-paru
- Masalah jantung
- Masalah saraf, tulang atau otot dada
- Masalah pada kulit dada
Simptom jangkitan STD biasanya muncul pada mulut jika melakukan oral seks atau pada kelamin jika melakukan seks kelamin. Namun begitu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar punca sakit dada dan status jangkitan STD anda dapat dikenal pasti. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan konsultasi dan rawatan bagi masalah yang anda hadapi. Terima kasih.