Anonymous
7 tahun
Sakit dada di bahagian kiri
saya wanita berumur 25 tahun .sejak akhir2 ni saya mengalami sakit di dada sebelah kiri .apa bila saya baring dalam keadaan mngiring ke kanan dada saya terasa sakit menekan . dan kadang apabila sy baring melentang pin sakit . kenapa ya?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
- Angina
kekurangan oksigen yang dibekalkan kepada otot jantung
- Sakit jantung
Ini berlaku apabila otot jantung menjadi rosak disebabkan oleh kekurangan oksigen.
- Serangan panik
Ia disertai dengan sesak nafas, jantung berdebar, loya dan juga rasa gelisah.
Pedih ulu hati
Sakit pada otot dada, kulit, tulang atau saraf
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih

































