
Sulit
3 tahun
Sakit dada di bahagian tengah bila bgun dari baring dan semasa batuk dan bersin
bila saya cuba bangun dr baring, dada saya berasa sakit di tengah2x , dan jika saya batuk dan bersin , dada di bahagian tengah jugak akan berasa sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan masalah anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, secara umum, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya:
- gejala berlarutan
- gejala semakin memberat
- kesukaran bernafas
- mual muntah
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.