
Sulit
2 tahun
Sakit dada di bahagian tengah pada waktu malam
Saya Wanita berumur 28 tahun, sejak seminggu ini, saya kerap sakit dada di bahagian tengah.
Dada saya akan sangat sakit bila saya dalam keadaan baring.
Boleh saya dapatkan penjelasan atas masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD (Pedih ulu hati)
- Radang perikardium (Pericarditis)
- masalah koronari jantung
- jangkitan pneumonia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.