
Kamalia
6 tahun
Sakit dada di bahagian tengah, perut dan sukar bernafas
hai doktor,saya seorang wanita berusia 26 tahun .
sejak kebelakangan ni saya mula terasa kesukaran bernafas . sakit dada di bahagian tengah . perut sy disebelah kiri juga terasa sakit bermula dari ulu hati sampai ke rusuk kiri . sakitnya terasa menyucuk hingga ke belakang . dan saya juga selalu sakit di bahagian tengkuk sebelah kiri sampai ke bahu .
pada pandangan doktor apakah penyebab dan gejala sakit yang saya alami?
terima kasih doktor .

6 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kondisi anda sekarang seperti masalah jantung, paru-paru, sistem saraf, tulang dan penghadaman. Selepas mengambil kira usia dan jantina anda, punca-punca yang boleh menyebabkan kondisi anda termasuk:
• Sakit jantung
• Pericarditis atau radang lapisan luar jantung
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Asma
• Ketulan darah di saluran darah paru-paru atau pulmonary embolism
• Gastrik atau asid perut berlebihan
• GERD atau pedih ulu hati
• Kayap
• Tulang rusuk patah
• Keradangan kartilaj atau costochondritis
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar mengalami masalah pedih uli hati dan asid berlebihan di dalam perut anda.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera. Doktor akan menjalankan pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca masalah anda. Masalah asid berlebihan dengan pedih ulu hati biasanya dirawat dengan ubatan yang mengurangkan asid perut seperti proton pump inhibitors (PPI).

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Antara sebab-sebab anda mengalami sakit dada ialah:
• Serangan jantung (penyakit koronari jantung)
• Penyakit jantung lain seperti masalah injap jantung
• Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
• Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
• Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
• Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma
• Gangguan emosi
• Sakit belakang
Berdasarkan penerangan anda, kami mengesyaki bahawa anda mengalami masalah pedih ulu hati. Penyakit pedih ulu hati adalah kondisi yang disebabkan oleh asid perut yang mengganggu kawasan bawah esofagus. Hal ini berlaku apabila injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter (LES) tidak tertutup.
Kebanyakan orang boleh mengawal pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat yang tidak memerlukan preskripsi doktor. Anda patut makan perlahan-lahan, kunyah makanan dan elak daripada terus menelan. Jangan makan ketika berasa bimbang, cemas atau kecewa.
Anda bolehlah mendapatkan ubat daripada farmasi seperti antacid atau bismuth subsalicylate untuk mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut. Anda juga boleh mengambil metaclopromide untuk mengosongkan perut dengan segera dan melegakan simptom.