Sulit
4 tahun
Sakit dada dibahagian tengah adakah disebabkan selalu barung selepas makan?
Hi, umur saya 21 tahun. Berat saya 90kg. Saya terbangun drpda tidur, dan terasa sakit dibahagian tengah dada. Betulke ia berpunca drpda acid didalam perut naik ke bahagian esophagus atau naik ke atas (maaf tak pasti)? Adakah masalah ini bahaya yg boleh menyebabkan sakit jantung? dan adakah sakit ni kerana saya gemuk dan tidak menjaga hidup yg sihat? thankyou doc.
4 tahun
Salam sejahtera ,terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah sakit dada yang dialami oleh anda. Pelbagai organ boleh menyebabkan sakit dada ini. Antaranya, sistem penghadaman, tulang rusuk, paru-paru dan jantung. Antara penyebabnya ialah :
- Gastrik atau asid perut berlebihan
- GERD atau pedih ulu hati
- Kekurangan darah atau anaemia
- Keradangan tulang rusuk
- Pericarditis atau radang lapisan luar jantung
- Jangkitan paru-paru
- Asma
- Ketulan darah di saluran darah paru-paru atau pulmonary embolism
- Sakit jantung
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Terdapat beberapa maklumat perlu diperolehi sebelum memberikan kesimpulan dalam masalah ini. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi


































