
Anonymous
5 tahun
Sakit dada dibahagian tengah
Saya berumur 20 tahun, 4 hari lepas saya dilanggar oleh sebuah motosikal tepat dibahagian dada. Saya tercampak dalam sekitar 20m dalam keadaan terbaring. Pada hari kejadian saya tidak berasa sebarang kesakitan. Hanya sakit dibahagian dada dalam 20%. Saya mengganggap mungkin daripada kesan hentakan. Tetapi sehingga kehari ini dada saya sesekali terasa sakit apabila turun tangga, baring di tempat yang keras dan berlari . Apakah kemungkinan besar yang terjadi pada dada saya ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap trajedi yang dihadapi oleh anda.Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Kemungkinan besar anda mengalami kesakitan tersebut adalah kerana impak daripada kemalangan yang dihadapi oleh anda.Adalah amat disarankan untuk anda melawat hospital yang berdekatan untuk membuat penyiasatan kesihatan yang diperlukan .
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.