
Sulit
4 tahun
Sakit dada disebabkan paru-paru sempit
Saya mengalami sakit dada bermula dari sebelah kanan dada dan kemudian di tengah-tengah dada saya. Saya berjumpa dengan doktor dan doktor scan jantung dan paru-paru saya. Doktor kata sakit dada tersebut berpunca kerana paru-paru saya sempit. Soalan saya, apa maksud paru-paru sempit? Boleh doktor terangkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, paru-paru sempit adalah bermaksud bahawa saluran pernafasan anda mengalami penyekatan ataupun penyempitan yang boleh disebabkan oleh alahan, jangkitan kuman, ataupun keradangan. Penyempitan salur nafas boleh bercirikan dengan pengecilan lubang salur nafas serta rembesan cecair (mucus) yang dikeluarkan pada dinding saluran nafas dengan berlebihan.
Kondisi ini boleh disebabkan oleh beberapa penyakit iaitu:
- Penyakit penyekatan salur nafas kronik (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)
- Keradangan bronkus (Bronchitis)
- Jangkitan TB
- Jangkitan kuman pada paru-paru seperti Bronchopneumonia
- Asma
- Penyakit Emphysema, iaitu penyakit kerosakan alveoli dalam paru-paru (kantung udara) yang boleh disebabkan oleh merokok
- Penyakit lain yang menganggu saluran nafas seperti keradangan tonsil dan sebagainya.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.