
Sulit
2 tahun
Sakit dada ditulang rusuk
hi salam sy berumur 32 tahun lalaki dua hari lepas saya buat bersenam membuat punch up…saya sakit dibahagian tulang rusuk didada kiri dan kanan dan sedikit muntah angin2.pernafasan biasa tekak ada sedikit kering…saya dulu ada lah perokok dah berhenti dlm 8bulan tp still dgn eletronik liquid mohon pecerahan terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah jantung
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru .
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Kecederaan tulang rusuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih