
Sulit
4 tahun
Sakit dada dn sesak nafs
Sejak akhir2 ini,sy sering sakit dada dn sesak nfs…sy juga mnpunyai pnyakit tiroid…apakh pnca sakit dada dn sesak nfs sy?adakh dia brpunca dr pnyakit tiroid ataupun sbaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada dan sesak nafas.
Untuk makluman anda, memang terdapat hubungan antara sakit dada dan penyakit tiroid atau lebih khusus kepada hipertiroid. Gejala hipertiroid ini melibatkan rembesan hormon tiroid yang tidak terkawal, dan hormon tersebut berfungsi untuk mengawal metabolisma dalam badan, termasuk sistem pengsarafan otot jantung yang berdegup. Oleh itu, hormon tiroid yang berlebihan akan menyebabkan pengsarafan jantung atau degupan otot jantung menjadi lebih kuat, laju dan tidak berkawal. Hal ini boleh menyebabkan sakit dada dan sesak nafas berlaku.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Namun begitu, terdapat juga sebab-sebab lain sakit dada berlaku antaranya:
- Penyakit kegagalan jantung terseumbat ( Congestive Heart Failure )
- Sindrom akut koronari ( Acute coronary syndrome )
- Jantung bengkak
- Keradangan pada jantung yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau demam reumatik
- Penyakit hati atau kegagalan hati (badan akan kekuningan)
- Salur darah paru-paru tersumbat ( Pulmonary embolism )
- Penyakit darah tinggi atau kencing manis
- Salur darah kaki tersumbat ( Deep vein thrombosis )
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit jantung dari lahir seperti jantung berlubang
Kedua-dua gejala yang anda alami adalah berbahaya dan boleh membawa maut. Saya menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktro yang merawat sakit anda bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang lebih lanjut.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.