
Anonymous
5 tahun
Sakit dada hingga bahagian belakang badan,bahu dan leher pada bahagian kiri
saya seorang wanita berumur 26 tahun mengalami masalah sakit di tulang dada atas payudara bahagian kiri.Saya telah mengalaminya selama 3 hari.Apabila saya membengkokkan badan atau mendukung budak kecil,sakitnya seperti mencucuk yang amat pedih.Kesakitan juga dirasai apabila dada ditekan.Sakitnya rasa sampai di belakang badan hingga kebahu dan setterusnya ke leher.Semua rasa itu dirasai sebelah kiri sahaja.Apabila waktu malam,saya tidur
dalam posisi mengiring dan sewaktu hendak telentangkan badan,rasanya seperti tulang yang bengkok hendak diluruskan semula.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kanan atau kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.
Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal
Rasa sakit dada di sebelah kanan mempunyai terlalu banyak penyebab yang berkaitan dengan jantung dan sebaliknya. Di bawah adalah senarai penyebab yang serius:
- Serangan jantung/sakit jantung
- Angina
- Radang jantung
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.