
Sulit
4 tahun
Sakit dada kanan atas dan sakit perut yang teramat
Kawan saya wanita berumur 26 tahun. Sejak 3-4 bulan lepas dia sering mengadu sakit perut. Tapi 2 bulan kebelakangan ini dia mengadu sering sakit . Disini saya serta kan ciri-ciri dia alami.
sakit dada sebelah kanan atas
dalam masa yg sama, sakit perut serupa kembung perut tapi rasa sakit lebih teruk dari kembung perut biasa.
tak ada masa sakit semasa membuang air.
perut tak boleh nak sentuh. Rasa sakit sangat
tak ada rasa mual. Tak ada demam. Cuma sakit dada dan sakit perut yang teramat. Nak duduk dan baring pun susah
datang bulan lebih dari sekali dalam 1 bulan. Contoh , normal period 6 haribulan. Tapi 20 haribulan akan datang period lagi
makan ubat painkiller , panadol, ubat kembung perut, ubat gastric tapi masih sakit
dia pernah diet teruk. Pernah tak makan nasi langsung. Selama beberapa hari dan berulang. So dari 68kg Turun 50++kg. Sekarang makin mengurus 48kg.
pernah mengamalkan ubat kurus / diet / ubat cirit lepas makan.
Saya sendiri pernah mengalami sakit tersebut. Sampai nak bergerak atau beralih posisi tidur pun takdapat. Saya takdapat berjalan hampir sebulan.
Tapi beza dia saya tak pernah amalkan ubat diet. Tapi sakit yang kami alami sama. Sekarang saya dah sembuh. Saya lupa macam mana saya ubat dulu. Lupa juga penyakit apa tu.
So kesimpulan nya, saya dan kawan mengalami ciri2 sakit yang sama . Tapi tak tahu punca penyakit sebab amalkan ubat diet , saya pulak tak.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
- Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
- Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Appendicitis
- Peritonitis - keradangan selaput abdomen
- Penyakit radangan usus
- Penyakit ulser peptik – 50% adalah disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori
- Penyakit keradangan pelvik
- Ovarian cyst (sista ovari / ketulan pada ovari)
- Jangkitan pada saluran kencing
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit dada sebelah kanan. antaranya ialah:
- Tekanan dan kegelisahan
- Ketegangan otot
- Trauma
- Radang paru-paru (pneumonia)
- Radang selaput paru-paru (plueritis)
- Radang tulang rusuk
- Bronkitis kronik
- Refluks asid
- Radang hempedu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.