Anonymous
6 tahun
Sakit dada kanan dan kerap gatal badan
saya lelaki berumur 21 tahun, sebelum tu saya nak bagitau history saya kali terakhir sy expose kepada aktiviti berisiko pada bulan april 2018 di mana sy telah terlibat dgn oral seks… sorg pompuan telah melakukan oral seks terhadap saya… tidak berapa lama kemudian dalam bulan julai 2018, saya bangun pagi dan tiba2 terasa dada kanan saya sakit seperti telah mengangkat beban… dan saya telah berjumpa pegawai perubatan namun tiada apa2 yg berbahaya,… doktor diagnose sbg kostokondritis… tapi sehingga hari ini 12 april 2019, sakit dada saya tidak hilang lg… sakit dada itu seperti di urat dada bukan nya tulang… selain tu, badan saya kerap gatal2 di belakang badan, lengan, dan peha… apakah simptom ini?
6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan sakit dada .Antaranya ialah:
1)Angina
kekurangan oksigen yang dibekalkan kepada otot jantung
2)Sakit jantung
Ini berlaku apabila otot jantung menjadi rosak disebabkan oleh kekurangan oksigen.
3)Serangan panik
Ia disertai dengan sesak nafas, jantung berdebar, loya dan juga rasa gelisah.
4)Pedih ulu hati
Sakit pada otot dada, kulit, tulang atau saraf
Kegatalan biasanya disebabkan oleh allergi, jagkitan kuman ataupun kulat dan sebagainya.Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

































