
ciktasnim99
5 tahun
Sakit Dada kanan,no palpitation
rasa sejuk di dada kanan hingga menjalar ke tangan dan leher yang menyebabkan ketidakselesaan.
banyak klinik pergi menyatakan stress dan sakit otot

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Otot dada kejang
- Radang tulang dada
- Jangkitan paru-paru
- Asid refluks
- Sakit jantung - seperti koronari arteri tersumbat
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.