
azwazainuddin
6 tahun
Sakit dada kiri dan lenguh otot bahu sehingga lengan tangan kiri
Saya azwa berumur 23 tahun. saya mengalami sakit di dada kiri. saya mengalami sakit di dada kiri apabila tarik nafas yg panjang. dan apabila saya bersin atau melakukan pergerakan secara mengejut terasa sakit di dada kiri. selain dari itu, saya mengalami lenguh bahu serta lenguh otot lengan (triceps). perkara ini mendatangkan ketidakselesaan ketika tidur dan posisi badan saya ketika duduk.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kedua masalah yang anda nyatakan mungkin adalah masalah yang berasingan atau saling berkaitan. Maklumat lebih lanjut adalah diperlukan untuk memastikan perkara ini.
Sakit dada adalah simtom yang membimbangkan. Ia boleh disebabkan oleh masalah jantung, paru-paru, tulang atau otot dada, saluran esofagus, perut, atau saraf pada bahagian tersebut. Sekiranya anda mengalami masalah ini, berjumpa doktor adalah langkah yang terbaik bagi memastikan apakah puncanya dan boleh dirawat sekiranya perlu.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yg sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.!