
Sulit
5 tahun
Sakit dada kiri dan menyebabkan tangan kiri juga sakit
hello doctor…
saya berumur 26tahun dan saya sering mengalami sakit pada bahagian dada sebelah kiri menyebabkan tangan kiri saya sakit.saya sudah berjumpa dengan doctor di hospital setelah menjalani pemeriksaan ECG,XRAY tiada apa². saya juga mudah letih dan cepat berpeluh walau pun tengah rehat.degupan jantung saya kadang² laju kadang² perlahan adakah ini faktor hormon atau ada penyebab lain? kerana sakit yg begini kerap berlaku kepada saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah jantung
- masalah hormon tiroid berlebihan
- masalah kebimbangan (anxiety disorder)
- serangan panik
- kekurangan gula dalam darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.