
Sulit
3 tahun
Sakit dada kiri selepas vaksin
Saya berumur 36 tahun dan mempunyai gastrik, k.manis dan darah tinggi. Mggu lepas saya telah mendapat suntikan vaksin pfizer dos pertama. Dan beberapa hari ini saya rasa tidak selesa di bahagian dada kiri saya. Kadang2 ia rasa mencucuk dan kadang2 rasa seperti kejang otot dada. Dikawasan saya boleh dikatakan kawsan byk cases. Jadi nak gi hospital ni risau jgk sbb terlalu byk cases disana.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda menghidapi masalah gastrik, kencing manis dan darah tinggi. Kini anda mengalami gejala ketidakselesaan pada bahagian dada kiri. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sakit dada pada sebelah kiri sememangnya membimbangkan kerana ia boleh menandakan serangan jantung. Namun, selain serangan jantung, masalah anda juga boleh disebabkan oleh perkara lain seperti :
- GERD
- Gastritis
- Masalah keresahan
- Kekejangan otot pada dada
- Angina
- Masalah jantung
Sekiranya gejala anda bertambah teruk atau diikuti simptom lain seperti sakit dada seperti dihempap, jantung berdebar laju, sesak nafas dan bengkak kaki, sila rujuk kepada hospital dengan kadar segera. Anda boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi