
Anonymous
4 tahun
Sakit dada..mata pedih..kebaskakitangan..sakit kepala..telinga bdensing
Saya lelaki usia 41th…semenjak saya berhenti merokok saya alami sakit dada…mata pedih…telinga bdensing…sakit kepala…kebas2 kakitangan…sakitnya dtg kadang2…tahap 3…7…2 tak tentu…saya sudah alami selama 1thn lebih…saya telah buat cekup…keputusannya kolestrol saya agak tinggi 6.2…dan antibody say A n B kurang…yg lain normal…aya nak tnya doc apa solusi utk saya kurangkan sakit ini…tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami beberapa gejala yang mungkin saling berkaitan atau tidak. Namun begitu, untuk mengetahui punca dan rawatan untuk anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Mengenai keputusan ujian darah anda pula, bacaan keputusan ujian yang lengkap adalah diperlukan untuk kami membuat interpretasi dan kesimpulan tentang masalah anda. Selain itu, sesuatu penyakit tidak didiagnose berdasarkan keputusan ujian darah sahaja.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.