Sulit
4 tahun
Sakit dada mencucuk di sebelah kanan selepas 26 hari vaksinasi yang kedua
Saya berusia 20 tahun dan saya telah mendapat vaksin pfrizer lengkap pada 28/7/2021. Saya tidak mengalami apa-apa kesan sampingan vaksin. Tetapi selepas lebih kurang dua minggu vaksin kedua, saya kerap sakit mencucuk dibahagian dada sebelah kanan.sehingga kini telah seminggu merasakan kesakitan ini. Apabila batuk dan ingin menarik nafas panjang agak sukar kerana rasa mencucuk dibahagian dada.Selain itu juga dalam jangka masa ini saya kerap tidur lewat. Adakah sakit dada saya sesuatu yang normal kerana kekurangan tidur atau kesan sampingan vaksin?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami gejala sakit dada pada sebelah kanan selama seminggu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sakit dada bukan antara kesan sampingan vaksin Covid-19. Gejala anda mungkin disebabkan oleh perkara berikut :
- Masalah jantung seperti angina, atau masalah jantung koronari
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Anemia
- Pleuritis
- Costochondritis
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Sekiranya anda mengalami sakit dada seperti dihempap dengan sesak nafas, jantung laju dan bengkak kaki, sila rujuk kepada hospital dengan kadar segera.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.


































