
Sulit
3 tahun
Sakit dada mencucuk disebelah kanan selepas vaksin
Saya berusia 20 tahun. Saya telah lengkap vaksin pada 28/7/2021. Saya tidak mengalami apa-apa kesan sampingan daripada vaksin. Tetapi selepas 2 minggu saya merasakan sakit mencucuk dibahagian kanan dada. Apabila batuk dan ingin menarik nafas panjang rasa sakit mencucuk yang teramat sangat. Dalam jangka masa ini juga, saya kerap berjaga malam dan kurang tidur. Adakah kesakitan itu kesan daripada habit tidur yang tidak tentu atau kesan daripada vaksin? dan perlukan saya merujuk kepada doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami gejala sakit dada pada sebelah kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sakit dada bukan antara kesan sampingan vaksin Covid-19. Gejala anda mungkin disebabkan oleh perkara berikut :
- Masalah jantung seperti angina, atau masalah jantung koronari
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Anemia
- Pleuritis
- Costochondritis
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Sekiranya anda mengalami sakit dada seperti dihempap dengan sesak nafas, jantung laju dan bengkak kaki, sila rujuk kepada hospital dengan kadar segera.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.