
Sulit
5 tahun
Sakit dada mnyucuk/di tekan2 di bahagian tengah dada
Salam dokt… maaf sy bertanya sy berumur 28tahun… kdg2 sy akan berasa sakit di bhgian tngah dada rasa mcm mnyucuk2… sakit dia smpai ssah sngat nak brnafas kalau paksa or nak pgg cawan pun xmmpu sbb jd makin sakit… dlm 10-20mnit mcm tulah… adakah d sebabkan sy terlalu stress atau sy perlu dptkan rawatan di hospital… slalu jd kalau sy bnyak sngat fikir… trima kasih dokt

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, punca sakit menyucuk pada bahagian dada atau kesukaran bernafas yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Masalah sistem pencernaan seperti gastrik
- Masalah panik atau anxiety
- Tekanan perasaan yang serius
- Masalah paru-paru
- Masalah otot, tulang atau saraf dada
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.