
fatihanasharudin90
5 tahun
Sakit dada nak muntah
Saya wanita berumur 29 thun… sy demam 3 hr lpas… beli ubt di farmasi je… skrg dh sihat, batuk n selsema je x hilang lg… semlm n hrni sy x boleh buat kerja lama² berdiri… mcm basuh pinggan n jemur kain… lpas buat kerja sy akan rase sakit dada… n xlama selepas tu sy akan muntah… bile spu minyak angin di bhgian ulu hati tu, dpt rase mcm ada angin. Sy ade asthma… pernah berubat kg thun 2015, org tu ckp sy ade masalah hati tp x serius… umur 14 thun mate merah, pergi ke klinik cek die kate air kencing kotor… die cuma bg ubat utk cuci air kencing je…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit dada bahagian tengah, antaranya ialah:
• Sakit jantung
• Pericarditis atau radang lapisan luar jantung
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Asma
• Ketulan darah di saluran darah paru-paru atau pulmonary embolism
• Gastrik atau asid perut berlebihan
• GERD atau pedih ulu hati
• Kayap
• Tulang rusuk patah
• Keradangan kartilaj atau costochondritis
Untuk mengetahui punca sakit dada serta dapatkan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut dan pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan mendapatkan ujian yang berkenaan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.