
Anonymous
2 tahun
Sakit dada / perut belah kiri
Sakit secara tiba tiba

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala sakit dada seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana gejala anda adalah serius dan punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi.
Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal dan ujian untuk mengenal pasti punca kepada gejala anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.