
Sulit
4 tahun
Sakit dada (rasa pedih bahagian kiri)
Saya Raffi. Berumur 31 tahun. sebelum ni saya ada darah tinggi (160/102) dengan bmi 36.7. paras kolestrol 6.1mmol/L. Selepas tu saya mulakan diet dengan program nestle optifast di Sunway Medical Centre dan bersenam (jogging 40minute/day). 56 hari pertama bmi saya turun dari obesiti ke overweight dan bacaan BP terbaru adalah 127/85. tapi dalam 2 minggu yang terbaru ni saya mula sakit dada sebelah kiri (terasa pedih) dan sakit tersebut rasa hingga ke bahu, lebih-lebih lagi bila nak mula jogging. Apakah sakit yang saya alami doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit dada sebelah kiri yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Masalah jantung
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
- Kesakitan disebabkan otot dada
- Kesakitan akibat radang esofagus
- Salur darah paru paru tersumbat
- Pneumothorax
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jaga kesihatan jantung anda bermula sekarang.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi