
Sulit
5 tahun
Sakit dada sebalah kiri dan kanan
Saya seorang wanita berusia 26 tahun, kenapa kadang kadang dada saya belah kiri sakit secara tiba tiba seperti di tekan tekan?kadang bila sakit tu datang, saya urut tempat yang sakit tu untuk melegakan sakit dan akan mengeluarkan angin. Sakit tu cuma datang sekejap sahaja. Tak lama. Kadang kadang belah kanan yang akan sakit. Macam baru baru ni saya tengah mengemas laman rumah, tiba tiba dada saya yang sebelah kiri sakit. Boleh doktor berikan pencerahan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot dada
- Kecederaan tulang rusuk atau radang tulang rusuk
- Sakit payudara - akibat perubahan hormon ketika haid
- Penyakit jantung - sekiranya mempunyai sejarah keluarga mengenai sakit jantung keturunan
- Penyakit asid refluks (gastrik)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.