
Sulit
3 tahun
Sakit dada sebelah kananyg diikuti dgn sakit mencucuk di perut sebelah kanan jugak
Saya wanita yg berusia 24 tahun. Sejak semalam dan hari ini, saya dapati saya akan terjaga sekitar pukul 3-3:30 pagi dan merasai kesakitan di dada kanan saya. Saya juga akan rasa sukar untuk bernafas seperti normal dan ia akan berlarutan selama 30min ke 1 jam. Tetapi hari ini sakit yg saya rasai amat berlainan dgn sakit yg saya rasai smlm seolah-olah sakitnya semakin teruk. Adakah ia ada kaitan dgn jantung mahupun paru-paru saya? Saya juga mengalami batuk yg sudah lama dan masih tidak hilang. Sakit di dada ini baru saya rasai sejak semalam dan hari ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah sakit dada sebelah kanan yang diikuti dengan sakit mencucuk di perut sebelah kanan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit dada kanan lazimnya dapat disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan seperti:
- batuk yang terlalu kuat atau berpanjangan
- kekejangan otot
- rasa sakit pada perut yang merebak hingga ke dada
Namun begitu, ia juga boleh menandakan masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan kadar segera, seperti
- Gastritis kronik
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung
- Ketumbuhan abdomen
Oleh itu anda juga disarankan untuk menghubungi doktor kami di atas talian, agar bantuan yang lebih terperinci dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Gastroenterologist.