
Sulit
3 tahun
Sakit dada sebelah kiri dan bengkak kaki
Saya wanita berkhawin berumur 25 tahun . Mempunyai 2 orang anak . Sudah 6 bulan saya kerap mengalami bengkak kaki dan sakit dada sebelah kiri tidak kira masa. Mudah merasa lelah dan penat. Ada kala, tengah ketawa tiba2 sakit dada sebelah kiri. Ada masa duduk sahaja tak buat apa2 , kaki dua belah kiri & kanan bengkak secara tiba. Pada awalnya boleh dikatakan lebih kurang bermula dgn sebulan 3 kali sakit dada sebelah kiri. Kemudian Seminggu 3 kali. Kini boleh dikatakan sehari lebih 3 kali tidak kira masa. Semakin kerap rasa. Tapi sepanjang sakit hanya dada sebelah kiri. Ketika sakit dada menyerang , saya tidak boleh menarik nafas lebih dalam, tidak boleh bergerak sedikit pun. Lagi dalam cuba bernafas lagi kuat rasa sakit. lately ni, saya mengalami gangguan sukar untuk tidur dan kerap sangat sakit. Dan kerap rasa masam di lelangit tanpa sebab.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit dada bahagian kiri dan sesak nafas yang disampingi oleh keletihan dan kaki bengkak. Simptom-simptom yang tersebut mungkin boleh berkait antara satu sama lain ataupun tidak.
Namun, masalah yang diperihalkan tersebut boleh dikaitkan dengan beberapa penyakit iaitu:
- Penyakit kegagalan jantung terseumbat ( Congestive Heart Failure )
- Sindrom akut koronari ( Acute coronary syndrome )
- Jantung bengkak
- Keradangan pada jantung yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau demam reumatik
- Penyakit hati atau kegagalan hati (badan akan kekuningan)
- Salur darah paru-paru tersumbat ( Pulmonary embolism )
- Penyakit darah tinggi atau kencing manis
- Salur darah kaki tersumbat ( Deep vein thrombosis )
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit jantung dari lahir seperti jantung berlubang
- Penyakit metabolisma hati
Oleh itu, anda digalakkan untuk segera merujuk perkara ini di hospital atau berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini .
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.