Sulit
6 tahun
Sakit dada sebelah kiri dan lenguh di dada
Saya wanita baru nak masuk 20 an’ berat saya 89 dan tinggi 160. Kadang kala saya merasa sakit di bahagian dada kiri sehingga ke belakang dan sedikit sakit di lengan kiri. Sakit itu datang kebiasaannya pada waktu saya berehat atau berjalan jauh. Dan masa sakit itu datang degupan jantung ade sedikit laju. Dan bila saya tekan dalam 15 minit, sakit itu akan beransur hilang tetapi dada dengan belakang sebelah kiri akan merasa lenguh.Saya risau sakit dada ini menunjukkan saya ade penyakit jantung. Latar belakang saya setakat ini tiada lagi yang kena serangan jantung atau apa2 sakit berkenan jantung.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan perubahan hormon
- Asid refluks
- Penyakit saluran darah aorta - seperti aorta terkoyak (aortic dissection) atau aneurisma aorta
- Penyakit jantung - walaupun anda masih muda, namun ianya boleh juga berlaku dalam kalangan orang muda
- Kekejangan/ketegangan otot dada
- Radang paru-paru atau lapisan paru-paru akibat jangkitan kuman atau penyakit auto-imun
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































