
Sulit
4 tahun
Sakit dada sebelah kiri dan pada waktu malam
Hi saya seorang lelaki. Sekarang saya berasa sakit dada disebelah kiri dan kadang-kadang ditengah jika tidak berbuat apa-apa. Terutama sekali waktu malam hendak tidur akan berasa sakit seperti ditekan. Sewaktu sakit dada saya berasa lengan sebelah kiri saya juga kebas. Saya cuma tertanya ini penyakit berkenaan dgn apa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan yang anda rasai pada waktu ini tentang masalah sakit dada.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada sebegini biasanya disebabkan oleh kondisi berikut:
- Serangan jantung: ia boleh berlaku samada pada waktu rehat atau beraktiviti, diiringi dengan gejala kebas kebas di bahagian lengan, bahu dan rahang
- Jangkitan kuman pada jantung
- Jangkitan kuman pada paru paru
- Penyakit Refluks (GERD)
- Keradangan otot di bahagian dada
- Masalah tulang di bahagian dada
Dapatkan penjagaan jantung yang sihat dari sekarang !
Untuk mengetahui kondisi sebenar yang anda alami, saya tidak boleh memberikan diagnosis yang tepat tanpa pemeriksaan fizikal dan klinikal di klinik. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala ini berterusan.
Anda juga dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik apabila anda mengalami gejala berikut:
- Sesak nafas
- Muntah
- Sakit dada yang berpanjangan melebihi setengah jam
- Pitam
- Demam
Penyakit jantung boleh membawa maut ! Dapatkan nasihat Pakar sekarang.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah anda, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut daripada doktor kami. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.